Kolej Harun Aminurrashid



Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Rakan Exco dan Ketua Rumah

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan sesi 2010/2011 telah diadakan pada 25 julai 2010 bertempat di Auditorium utama UPSI. Majlis ini telah dianjurkan oleh biro blok kediaman dengan kerjasama  Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid(KHAR). Tujuan majlis ini diadakan ialah bagi menghargai rakan-rakan exco (REXCO) dan ketua-ketua rumah sebagai nadi penggerak utama KHAR. REXCO dan ketua-ketua rumah mendengar ucapan dan amanat daripada Yang Dipertua Jawatankuasa Mahasiswa Kolej serta ucapan perasmian oleh Encik Nor Azman bin Mohd Ramli selaku pemangku pengetua kolej. Kemuncak pada majlis ini ialah lafaz taat setia dan penerimaan tugas oleh semua REXCO dan ketua rumah, kemudian penyerahan surat watikah pelantikan kepada wakil REXCO daripada setiap biro. Sebagai tanda kenang-kenangan, sesi fotografi bersama para hadirin dan majlis tertinggi tampuk kepimpinan KHAR telah diadakan. Berakhirnya majlis ini menandakan bermulanya tugas REXCO dan ketua rumah secara rasmi. Diharap mereka dapat menjalankan tugas masing-masing dengan cemerlang bagi menaikkan lagi imej KHAR sebagai kolej terbaik di UPSI.

Barisan JMK KHAR bersama felo.

bacaan ikrar oleh rakan exco dan ketua-ketua rumah KHAR.

barisan JMK semasa majlis berlangsung.

wajah ceria dari rakan exco KHAR.

YDP KHAR semasa memberi ucapan pada majlis tersebut. Beliau juga pernah menjadi rakan exco selama dua semester sebelum menjadi JMK kolej.

Ucapan oleh pengetua KHAR, En. Nor Azman. Beliau berharap agar rakan exco dan ketua rumah dapat membantu dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kolej.

En.Nor Azman dan En. Ghazali.

  • Sesi fotografi setiap biro.

Advertisements

%d bloggers like this: