Kolej Harun Aminurrashid



Sahutan Suara Merdeka (SAHUKA)

Program Sahutan Suara Merdeka (SAHUKA) telah dilaksanakan oleh Biro Perpaduan dan Integrasi Kolej Harun Aminurrashid Sesi 2010/2011, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini telah berlangsung  pada 6 Ogos hingga 31 Ogos 2010. Program ini terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa pembukaan yang telah dijalankan pada 6 Ogos hingga 8 Ogos 2010.  Program ini didahului dengan pameran yang berkonsepkan kebudayaan setiap kaum. Antaranya ialah pameran dari Persatuan Kebudayaan Etnik Melayu, India, Cina dan beberapa badan bukan kerajaan yang lain. Pada hari kedua, peraduan mewarna yang melibatkan pelajar sekolah di sekitar Tanjong Malim telah diadakan. Di samping itu, pertandingan Puisi Merdeka dan Rentak Merdeka (band) juga telah diadakan pada sebelah petang. Selepas itu, Slot Sua Rasa Borneo pula berlangsung. Slot ini merangkumi dua pertandingan permainan  tradisional masyarakat Borneo iaitu menyumpit dan memalu gong. Manakala,Slot Malam Kemuncak Gemersik Suara Merdeka pula diadakan bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam nyanyian terutamanya nyanyian lagu kemerdekaan. Pada hari ketiga , Slot Jom Main  Lagi pula diadakan. Slot ini mengadakan permainan tradisional masyarakat India iaitu permainan Yurih dan permainan masyarakat tradisional Cina iaitu Kaligrafi. Aktiviti yang seterusnya ialah Slot Dapur Warisan yang mengandungi pertandingan memasak makanan tradisional masyarakat Cina dan India. Pertandingan ini telah menarik perhatian pelbagai kaum untuk menyertai aktiviti. Pada sebelah petang pula Explorace Perdana telah dianjurkan. Pertandingan ini mendapat sambutan hangat daripada kolej-kolej lain selain penyertaan daripada penghuni Kolej Harun Aminurrashid. Pada sebelah malam telah berlangsungnya Majlis Perasmian Pembukaan SAHUKA 2010. Majlis ini dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah Program iaitu Cik Krisnavimala A/P Krishuan dan kemudian disempurnakan oleh En.Ghazali bin Din yang merupakan Felo Penasihat Program. Program ini akan berlanjutan sehingga 30 dan 31 Ogos 2010 yang merupakan tarikh kemuncak program ini.

Advertisements

%d bloggers like this: