Kolej Harun Aminurrashid



Halawatur Ramadhan

Halawatur Ramadhan merupakan program pertama yang dianjurkan oleh Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah yang diadakan bagi sesi 2010/2011 di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR). Program ini dijalankan bagi meningkatkan penghayatan dan memantapkan ilmu pengetahuan dan amalan di bulan Ramadhan dalam kalangan bakal pendidik secara berjemaah. Selain itu, objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan dalam kalangan penghuni muslimin dan muslimat KHAR. Tema bagi program ini adalah “Ramadhan Dirai, Maghfirah dikecapi”. Ceramah yang bertajuk Halawatur Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Zulfiqar Shah bin Abdul Hadi. Halawatur Ramadan membawa maksud kemanisan Ramadhan. Tadarus Al-Quran turut berlangsung sehingga berakhirnya Ramadhan sebelum semua mahasiswa dan mahasiswi pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing. Pada 28 Ogos pula telah diadakan Rewang Perdana, Iftar Jamaie dan juga Majlis Penutupan Program Halawatur Ramadhan. Ahli keluarga felo juga telah turut serta memeriahkan Majlis Iftar Jamaie atau Iftar Perdana tersebut dan suasana pada malam tersebut sangat meriah. Majlis Perasmian Penutupan diserikan dengan alunan lagu nasyid daripada kumpulan nasyid Kolej Harun Aminurrashid dan Kolej Aminuddin Baki. Disamping itu diadakan juga majlis penyampaian hadiah begi pertandingan poster, replika kad raya, pertandingan mualim dan kuiz. Aktiviti Jualan RiangRia turut berlangsung dan tapak-tapak gerai telah didirikan disekeliling KHAR yang memeriahkan lagi suasana program. Moga program ini memberi makna kepada semua dan semoga berjumpa lagi pada Ramadhan akan datang.

Advertisements

%d bloggers like this: