Kolej Harun Aminurrashid


Category Archive

The following is a list of all entries from the Biro Akademik & Kerjaya category.

Jalinan Mesra Akademik

Pada 6 hingga 8 Ogos 2010 yang lalu, Biro Akademik dan Kerjaya dengan kerjasama Jawatankuasa Mahasiswa Kolej  kolej Harun Aminurrashid (KHAR) telah menganjurkan Program Jalinan Mesra Pengawas Sekolah Bersama Mahasiswa yang melibatkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka, Pahang. Program ini telah disertai oleh 34 orang pengawas daripada sekolah tersebut yang terdiri daripada 16 orang peserta lelaki,18 orang peserta perempuan serta 6 orang guru selaku guru pengiring. Peserta  ini  terdiri daripada pelajar tingatan 3 hingga tingkatan 6. Disebabkan perkara yang tidak dapat dielak, peserta sedikit lewat tiba di KHAR. Namun ketibaan mereka tetap disambut dengan mesra oleh Cikgu Mariyah selaku pengarah program serta abang dan kakak angkat yang telah ditetapkan kepada setiap peserta sebelum program berlangsung. Aktiviti pada hari pertama ialah slot ‘ice breaking’ dan aktiviti kunang-kunang malam. Hari seterusnya diisi dengan pelbagai aktiviti seperti senamrobik pagi, explorace, slot latihan dalam kumpulan (LDK) Gemersik Suara Merdeka, pertandingan tradisional masyarakat Borneo dan Malam Kemuncak Suara Merdeka. Pada hari ketiga, aktiviti jelajah ilmu yang bertempat di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah telah dijalankan. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan para peserta dengan kawasan sekitar kampus sambil melakukan aktiviti yang telah disediakan pada setiap ‘check point’. Majlis perasmian penutup berlangsung dengan jayanya tepat jam 11.50 pagi. Pada jam 2.30 petang, para peserta mengucapkan selamat tinggal kepada abang dan kakak angkat mereka kerana mereka akan bertolak pulang ke Sekolah Menengah Seri Jengka, Pahang. Semua peserta dan fasilitator diselubungi perasaan sedih kerana akan berpisah setelah mengharungi suka duka bersama-sama selama program itu berlangsung.

pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka, Pahang.

fasilitator yang terlibat dalam program ini.

guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka, Pahang bersama fasilitator di hadapan Perpustakaan Tuanku Bainun.

kumpulan B ketika aktiviti jelajah ilmu yang bertempat di kampus UPSI.

hasil ciptaan kumpulan C.

peserta perlu makan buah epal tersebut tanpa menggunakan tangan.