Kolej Harun Aminurrashid


Category Archive

The following is a list of all entries from the Biro Blok Kediaman category.

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Rakan Exco dan Ketua Rumah

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan sesi 2010/2011 telah diadakan pada 25 julai 2010 bertempat di Auditorium utama UPSI. Majlis ini telah dianjurkan oleh biro blok kediaman dengan kerjasama  Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid(KHAR). Tujuan majlis ini diadakan ialah bagi menghargai rakan-rakan exco (REXCO) dan ketua-ketua rumah sebagai nadi penggerak utama KHAR. REXCO dan ketua-ketua rumah mendengar ucapan dan amanat daripada Yang Dipertua Jawatankuasa Mahasiswa Kolej serta ucapan perasmian oleh Encik Nor Azman bin Mohd Ramli selaku pemangku pengetua kolej. Kemuncak pada majlis ini ialah lafaz taat setia dan penerimaan tugas oleh semua REXCO dan ketua rumah, kemudian penyerahan surat watikah pelantikan kepada wakil REXCO daripada setiap biro. Sebagai tanda kenang-kenangan, sesi fotografi bersama para hadirin dan majlis tertinggi tampuk kepimpinan KHAR telah diadakan. Berakhirnya majlis ini menandakan bermulanya tugas REXCO dan ketua rumah secara rasmi. Diharap mereka dapat menjalankan tugas masing-masing dengan cemerlang bagi menaikkan lagi imej KHAR sebagai kolej terbaik di UPSI.

Barisan JMK KHAR bersama felo.

bacaan ikrar oleh rakan exco dan ketua-ketua rumah KHAR.

barisan JMK semasa majlis berlangsung.

wajah ceria dari rakan exco KHAR.

YDP KHAR semasa memberi ucapan pada majlis tersebut. Beliau juga pernah menjadi rakan exco selama dua semester sebelum menjadi JMK kolej.

Ucapan oleh pengetua KHAR, En. Nor Azman. Beliau berharap agar rakan exco dan ketua rumah dapat membantu dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kolej.

En.Nor Azman dan En. Ghazali.

  • Sesi fotografi setiap biro.


Minggu Haluan Siswa (MIHAS)

Bermula pada 12 – 18 Julai lepas, program MIHAS merupakan anjuran Biro Blok Kediaman dan Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan Kolej Harun Aminurrashid. Program ini bertemakan “Ukhwah dijalinkan, Ikatan dieratkan” menjadi titik pemulaan untuk mengeratkan silaturrahim antara penghuni KHAR dengan JMK serta pihak pengurusan dan pentadbiran kolej. Secara keseluruhan, MIHAS 2010/2011 berjaya mengeratkan hubungan antara semua penghuni KHAR sama ada penghuni yang baru atau yang lama. Semoga KHAR terus berjaya dalam pelbagai aktiviti yang telah dirancang pada masa akan datang.

Slot pertama bersama Yang diPertua Jawatankuasa Mahasiswa Kolej, Nor’isam Bin Md Noor.

En. Ghazali menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Fauzi semasa slot ‘Explorasi Cinta Kampus’.

Wajah ceria penghuni KHAR yang turut sama menjayakan program ini.

Senamrobik ‘Move for Health’ menyerikan lagi suasana pagi d KHAR.

Pengetua kolej, En Nor Azman dan saudara Nor’isam selaku YDP kolej turut sama dalam aktiviti senamrobik.

demonstrasi memadam api.

En. Muzalim memberikan taklimat kebajikan kepada penghuni KHAR.

Aksi mencuit hati peserta sukaneka dan JMK.

‘tak boleh pegang bola tu dengan tangan’. Keseronokan penghuni KHAR semasa slot sukaneka jelas terpancar walaupun pelbagai teknik digunakan untuk menang.

Antara barisan JMK KHAR semasa program MIHAS sedang berlangsung.