Kolej Harun Aminurrashid


Category Archive

The following is a list of all entries from the Biro Kesenian & Kebudayaan category.

KUPREX 1

Kursus Pemantapan Rakan EXCO(KUPREX 1) dianjurkan oleh EXCO Kesenian & Kebudayaan dengan kerjasama Jawatankuasa Mahasiswa Kolej(JMK) Kolej Harun Aminurrashid(KHAR). Program KUPREX 1 ini berlangsung selama 3 hari iaitu bermula dari 30 Julai sehingga 1 Ogos 2010. Kem Komanden bagi KUPREX 1  diwakili oleh Hafizan bin Mohamad Dain daripada EXCO Latihan & Pembangunan Sahsiah. Peserta-peserta program ini telah diberi taklimat khusus berkenaan KUPREX 1 oleh Kem Komanden. Salah satu aktiviti yang paling menarik dalam slot ini ialah akitviti dalam kumpulan. Setiap kumpulan telah diberikan tugas oleh Abu Handhalah untuk mencipta nama,logo ahli kumpulan dan ‘cheers’.

keceriaan pada wajah peserta KUPREX 1 jelas tergambar.

salah satu kumpulan menunjukkan ‘menara’ mereka yang telah disiapkan.

Tanggal 31 julai 2010, Sabtu, para peserta telah dimotivasikan oleh Encik Sassigaran a/l Munnuyan, mantan EXCO Perhubungan Awam dan Antarabangsa. Beliau telah berkongsi dengan peserta tentang pengalaman beliau sebagai EXCO. Ramai di antara peserta kagum dengan beliau yang telah berjaya melancong ke Beijing, China hasil usaha beliau dalam kegiatan EXCO Perhubungan Awam & Antarabangsa.  Beliau telah menasihati para peserta agar belajar menguruskan organisasi dan masa dengan sistematik.

Encik Sassigaran a/l Munnuyan, mantan EXCO Perhubungan Awam dan Antarabangsa KHAR.

saudari Siti Norhafiza memperkenalkan diri di hadapan peserta lain. Aktiviti ini dapat membina keyakinan diri setiap rexco.

Selepas aktiviti senamrobik keesokan hari pada jam 7 pagi, 1 0gos 2010, para peserta telah diberi taklimat berkenaan pengurusan majlis dan protokol. Program ini dikendalikan oleh Encik Mohd.Halim Mat Zaki(Diploma in Art Management). YDP Jawatankuasa Mahasiswa Kolej KHAR, Nor’isam bin Mad Noor juga turut sama berkongsi ilmu bersama peserta dalam slot ‘sidang PELANO’ pada petang ahad itu. Pada majlis penutupan, penghulu KUPREX, Mohd.Hafiz iaitu daripada EXCO Ekonomi & Keusahawanan telah membentangkan Resolusi berkenaan peranan Rakan EXCO setelah mendapat kesepakatan setiap REXCO yang terlibat dalam KUPREX 1. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Encik Ghazali, Felo Blok 2,KHAR. Beliau menyeru kepada semua peserta agar saling bekerjasama antara satu sama lain.”sama susah dan sama senang”, itulah kata-kata yang diuar-uarkan oleh beliau agar setiap REXCO mencipta nama dan meningkatkan kecemerlangan KHAR. Beliau juga menyatakan komunikasi antara REXCO & EXCO amat penting untuk mentadbir organisasi KHAR dan program KUPREX 1 pula merupakan satu platform untuk menjadi seorang pemimpin.

Majlis penutupan diakhiri dengan nyanyian lagu tema “ Hitam Putih Kehidupan” oleh para peserta. Bait kata dalam lagu tersebut menggambarkan peranan sebenar REXCO dalam membantu pihak JMK. Penat lelah Pihak JMK terutamanya EXCO Kesenian & Kebudayaan berbaloi apabila melihat senyuman ikhlas daripada para peserta.

semangat peserta KUPREX1 semasa sesi senamrobik.

antara aktiviti yang memerlukan kerjasama para peserta.

serius. salah satu kumpulan KUPREX 1 sedang berbincang mengenai strategi mereka untuk membina menara daripada surat khabar.

En. Ghazali diiringi oleh YDP, Cikgu Nor’isam menyampaikan hadiah kepada peserta.

peserta bersama felo, YDP dan pengarah program KUPREX1 2010.

Advertisements