Kolej Harun Aminurrashid


Category Archive

The following is a list of all entries from the Biro Perpaduan & Integrasi category.

Malam Ambang Kemerdekaan

Pada malam 30 Ogos 2010, Biro Perpaduan dan Intergrasi dengan kerjasama Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) telah menganjurkan program Malam Ambang Kemerdekaan KHAR . Majlis dimulakan dengan ketibaan dif-dif kehormat pada pukul 10.45 malam yang dihadiri oleh Encik Nor Azman bin Mohd Ramli bersama isteri, Lt. Kol. Muhammad Nasir bin Yahayah (Ketua Jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan), Kapt Ruslan bin Enie (Pegawai Latih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan), barisan felo KHAR, saudara Nor’isam bin Md Nor (Yang Dipertua Kolej), saudara Khairul Alif Akmal bin Subhi (Senior Under Officier Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) dan saudari Krisnavimala A/P Krishuan (Pengarah Program SAHUKA) serta barisan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej KHAR. Majlis di mulakan dengan kata-kata aluan pengerusi majlis dan disusuli dengan persembahan daripada  PALAPES yang terbahagi kepada tiga persembahan iaitu kawad formasi,tarian perang atau hakka dan yang terakhir persembahan simulasi gempur. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Encik Nor Azman bin Mohd Ramli iaitu  Pengetua Kolej Harun Aminurrashid dan diikuti dengan acara  “count down”  tepat pukul 11.59 malam. Detik 12 tengah malam disambut dengan percikan bunga api berserta laungan ‘MERDEKA’ sebanyak tujuh kali oleh Encik Nor Azman  dan di susuli dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’.  Majlis  diselitkan dengan bacaan Doa Selamat oleh Mohd Syukri bin Talib  sebagai tanda kesyukuran ke atas kemerdekaan yang telah dicapai.

kawad formasi daripada PALAPES UPSI.persembahan hakka.semangat ahli PALAPES semasa persembahan hakka.persembahan dilakukan di hadapan dif-dif terhormat di dataran KHAR.pelajar-pelajar UPSI yang datang untuk menyaksikan persembahan Malam Ambang Kemerdekaan.Encik Nor Azman bin Mohd Ramli memberi tanda penghargaan dan tahniah kepada PALAPES UPSI.PALAPES UPSI.


Sahutan Suara Merdeka (SAHUKA)

Program Sahutan Suara Merdeka (SAHUKA) telah dilaksanakan oleh Biro Perpaduan dan Integrasi Kolej Harun Aminurrashid Sesi 2010/2011, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini telah berlangsung  pada 6 Ogos hingga 31 Ogos 2010. Program ini terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa pembukaan yang telah dijalankan pada 6 Ogos hingga 8 Ogos 2010.  Program ini didahului dengan pameran yang berkonsepkan kebudayaan setiap kaum. Antaranya ialah pameran dari Persatuan Kebudayaan Etnik Melayu, India, Cina dan beberapa badan bukan kerajaan yang lain. Pada hari kedua, peraduan mewarna yang melibatkan pelajar sekolah di sekitar Tanjong Malim telah diadakan. Di samping itu, pertandingan Puisi Merdeka dan Rentak Merdeka (band) juga telah diadakan pada sebelah petang. Selepas itu, Slot Sua Rasa Borneo pula berlangsung. Slot ini merangkumi dua pertandingan permainan  tradisional masyarakat Borneo iaitu menyumpit dan memalu gong. Manakala,Slot Malam Kemuncak Gemersik Suara Merdeka pula diadakan bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam nyanyian terutamanya nyanyian lagu kemerdekaan. Pada hari ketiga , Slot Jom Main  Lagi pula diadakan. Slot ini mengadakan permainan tradisional masyarakat India iaitu permainan Yurih dan permainan masyarakat tradisional Cina iaitu Kaligrafi. Aktiviti yang seterusnya ialah Slot Dapur Warisan yang mengandungi pertandingan memasak makanan tradisional masyarakat Cina dan India. Pertandingan ini telah menarik perhatian pelbagai kaum untuk menyertai aktiviti. Pada sebelah petang pula Explorace Perdana telah dianjurkan. Pertandingan ini mendapat sambutan hangat daripada kolej-kolej lain selain penyertaan daripada penghuni Kolej Harun Aminurrashid. Pada sebelah malam telah berlangsungnya Majlis Perasmian Pembukaan SAHUKA 2010. Majlis ini dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah Program iaitu Cik Krisnavimala A/P Krishuan dan kemudian disempurnakan oleh En.Ghazali bin Din yang merupakan Felo Penasihat Program. Program ini akan berlanjutan sehingga 30 dan 31 Ogos 2010 yang merupakan tarikh kemuncak program ini.