Kolej Harun Aminurrashid


Category Archive

The following is a list of all entries from the Biro Sukan & Rekreasi category.

Karnival Sukan Tahunan KHAR 2010 (KaST’10)

Program Karnival Sukan Tahunan KHAR 2010 atau lebih dikenali dengan panggilan KaST’10 dianjurkan oleh Biro Sukan & Rekreasi, Jawatankuasa Mahasiswa Kolej, Kolej Harun Aminurrashid. Sepanjang 4 hari program ini berlangsung iaitu pada 24, 25, 26 September dan 03 Oktober, pelbagai acara sukan telah dipertandingkan seperti acara bola jaring, futsal, permainan tradisional dan banyak lagi. Program ini dimeriahkan lagi dengan majlis penutupan yang dijalankan pada 3 Oktober 2010. Pertandingan perbarisan dan pertandingan khemah tercantik antara rumah sukan iaitu Rumah Rajawali, Rumah Kasawari dan Rumah Garuda turut diadakan. Pelbagai kerenah para peserta perbarisan dapat disaksikan sepanjang pertandingan ini berlangsung. Pemenang keseluruhan bagi KaST’10 ialah Rumah Rajawali dengan pungutan pingat sebanyak 14 emas, 7 perak dan 10 gangsa dan diikuti dengan Rumah Kasawari (12 emas, 12 perak, 7 gangsa) dan Rumah Garuda (6 emas, 12 perak, 11 gangsa). Atlet yang telah dinobatkan sebagai olahragawan terbaik ialah saudara Mohd Nor Azim Qayyum daripada Rumah Rajawali dan olahragawati terbaik pula disandang oleh saudari Haryati bt Yaacob daripada Rumah Garuda. Majlis penyampaian pingat dan hadiah telah disempurnakan oleh Pengetua Kolej Harun Aminurrashid, Encik Nor Azman Mohd Ramli. Program ini dilihat sebagai satu langkah yang baik kepada penghuni kolej untuk memupuk semangat kesukanan yang tinggi. Selain itu, penghuni kolej dapat menunjukkan bakat terpendam yang dimiliki. Semoga pada masa akan datang program-program seumpama ini dapat dijalankan lagi supaya dapat melahirkan bakal guru yang sentiasa sihat dan cerdas serta mempunyai sikap keprihatinan dan kerjasama yang tinggi antara satu sama lain.

klik untuk ke galeri KHAR…